
Salam & selamat sejahtera,♥
Hi sahabat2 setiausahaku sekalian, [hai jugak untuk bukan setiausaha (-_-") ]
Okay, tengok title kat atas, dah mula senyum, taktik or tips untuk jatuh sayang pada bos. Jangan salah faham, saya fokus bagaimana nak tackle hati bos [bukan untuk jadi stok yang kedua ok.haha] supaya kita senang berurusan. Ok kita start.
TIPS BUAT SETIAUSAHA.
Perkara asas yang PERLU anda lakukan.
1) Datang awal ke ofis sebelum bos anda tiba.
2) Ambil sarapan sebelum waktu kerja.
2) Ambil sarapan sebelum waktu kerja.
3) Kemas meja bos anda pada waktu pagi [sebelum beliau tiba] dan pada waktu "lunch".
4)Biasakan untuk memberi salam pada bos anda ketika masuk kerja dan sebelum pulang.
5) Print jadual bos untuk hari berkenaan dan letakkan di atas meja beliau pada setiap pagi.
6)Hafal setiap nama pegawai di cawangan anda. Ini bagi memudahkan anda membuat rujukan apabila perlu.
7) Fahami dan selami bidang tugas bos anda.
8) Jangan tinggalkan tempat (untuk mengular) selagi bos anda masih di ofis.
9) CEKAP. Sekiranya bos anda perlu menghadiri meeting luar dan perlu bermalam, terus dapatkan pengesahan beliau untuk tempahan hotel, dan kenderaan.
10)Cuba jadi "kawan" kepada bos anda supaya lebih memahami. Kaji latar belakang keluarga beliau dan mengambil berat bukannya busy body.
11)Dapatkan persetujuan bos anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang temujanji bagi pihaknya.
Okay, tips diatas hanya sekadar perkara asas yang perlu anda praktikkan. Untuk menjadi seorang setiausaha @ PA yang baik, anda hanya perlu menjadi seorang yang sabar dan memahami bos anda. Berikutnya saya akan kongsikan perkara yang tidak patut dilakukan oley seorang setiausaha.
→Perkara yang TIDAK patut dilakukan oleh seorang setiausaha.
1) Jangan terlalu banyak bercakap. Sifat peramah memang bagus untuk diri anda, tetapi biarlah ada had dan matlamat. Lebih baik anda fokus kepada kerja daripada bercakap kosong dan bergosip.
2) Seorang bos terutamanya wanita adakalanya tidak menyukai penampilan seorang wanita lain yang keterlaluan. Lumrah setiap PA semestinya mahu kelihatan cantik,tetapi perlulah berpada-pada dan bukannya mengada-ngada bagi menggelakkan diri anda dicemburui walaupun oleh bos anda sendiri. Ini perlu diambil perhatian. Pujian yang diterima anda adakalanya tidak menyenangkan orang lain.
3) Berkuasa. Anda adalah orang terpenting bagi bos anda, namun begitu anda tidak patut & tidak boleh menggunakan kelebihan itu untuk kepentingan sendiri. Hormati setiap kakitangan dan jangan wujudkan jurang diatara anda dan mereka. Bina persahabatan, ia akan dapat membantu anda.
4) Jangan selalu mengambil cuti /cuti kecemasan/mc. Ini penting bagi menggelakkan tanggapan negatif oleh bos anda. Mereka memerlukan anda setiap waktu bekerja. Terbaik adalah mengambil cuti ketika bos anda turut sama bercuti. Sekiranya tidak dapat dielakkan, maklumkan terlebih awal kepada bos anda sebab anda bercuti supaya tidak ada salah faham.
5)Jangan sesekali mengutuk/mengumpat/mengeji bos anda sekalipun ada kesilapan yang dilakukannya. Terapkan prinsip "setiap manusia pernah melakukan kesilapan, anda tidak terkecuali". Hormatilah bos anda kerana beliau adalah seorang pemimpin. Sebagai seorang PA anda perlu "backup" bos anda dengan perkara yang baik. Itu tanggungjawab anda.
Kesimpulannya, menjadi seorang setiausaha bukanlah suatu perkara yang mudah. Anda perlu kuat dari segi minda dan semangat. Tenaga juga kadangkala diperlukan pada satu-satu ketika. Saya berharap anda mendapat manfaat diatas perkongsian ini.
Segala yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu atas kelemahan saya sendiri.
Setakat ini dulu. Saya akan sediakan pelbagai tips untuk anda sebagai seorang setiausaha. Jumpa lagi.
bagus tips ni ....tp sy ada kenal seorg setiausaha yg suka membuat perkara yg tidak sepatutnya dilakukan seperti perkara 1 ,2, & 3. Tapi bossnya sendiri pun tak berani nak tegur, hanya katakan pada kawan2nya. Camna tu? ...
ReplyDelete